Aku termenung, mengenangkan nasib yang tak seberapa itu. Mengeluh
Siapa sangka adik akan dijemput seawal
itu. Walhal adik masih kuat dan muda. Di tenung kembali gambar di tangan. Angin lembut bertiup
menerpa pipinya. Siapa sangka air mata aku akan gugur. Memori bersama satu-satu adik
kesayangan aku bermain difikirannya.
"Assalamualaikum"
satu suara memecah gegendang telinga
aku. Aku cuba mencari pemilik suara itu. Bila berpaling kelihatan tiada sesiapa
pun di situ. Tiba-tiba gugur sebiji rambutan dari pokok mengenai kepalaku.Secara automatik aku berpaling ke atas.
Kelihatan seorang remaja sedang berada di atas. Remaja tersebut senyum
kepadaku. Aku hairan dari mana datangnya remaja itu.
"Ingat aku lagi Adam?" sambil
tersenyum remaja tersebut bertanya.
Aku membongkokkan badannya mencapai
gambarnya yang jatuh dek kerana rambutan yang dibaling mengenai kepala.
"kau nak ape hah? tak senang ke
tengok orang termenung?"
"Eh, aku nak berkawan je. Kesian
aku tengok kau sorang-sorang kat bawah pokok".
Aku berlalu meninggalkan remaja
tersebut. Sakit hati dibuatnya apabila dia mengenangkan memori lama. Kisah
silamnya dengan remaja tersebut. Disebabkan remaja tersebut Aku terpaksa
berlari keliling kampung tanpa seluar.
Sebelum aku melangkah masuk pintu rumah
mak long, aku berpaling kepada remaja tersebut.
Remaja tersenyum sambil makan buah
rambutan. Di tanganku terdapat buah rambutan yang dibaling remaja tersebut. Aku
membaling buah rambutan tersebut namun tidak mengenai remaja tersebut. Remaja
tersebut masih lagi tersenyum sambil ketawa. Sakit hati dibuatnya.
"Mikhail. Aku masih tak lupakan
kau!"
Mikhail masih tersengih.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mama, Adam nak duduk kampung
boleh? kalau boleh nak mintak pindah sekolah dekat sana. duduk sini pun Adam
rasa lonely. Mama dan Daddy pun jarang ade kat rumah."
"Ok, but once a month anak mama
kena balik KL."
"No prob." Adam bangun lalu
dari sofa masuk ke bilik
Mamanya hanya mampu melihat dari jauh.
Sudah hampir sebulan Adam menjadi pasif. Sejak kematian adik kesayangannya,
Adam banyak termenung seorang diri. Disuruh melancong bersama rakan Adam
menolak. Walhal sebelum ini, Adamlah paling suka melancong bersama rakan.
Adam menghempaskan dirinya ke atas
katil. Mungkin ini adalah terbaik untuknya. Berpindah ke kampung. Mungkin
suasana kampung dapat mengubat kesunyian di hatinya. Mama dan Papa jarang
sekali berada di rumah. Yang tinggal hanyalah bibik dan dia.Sedikit demi
sedikit memori lampau bersama adiknya bermain difikiran.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Seusai aku menyelesaikan pendaftaran
dipejabat sekolah, guru kelas ku, Cikgu Safiah membawaku ke kelas. Aku bagai
terlopong. Mikhail? Satu kelas? Tidak! Terasa ingin ku berpatah balik. Takkan
aku terpaksa sekelas dengan Mikhail? Aku memandang Cikgu Safiah dengan harapan
aku akan ditukarkan kelas, namun pandangan aku tidak diendahkan.
"Perkenalkan ini Adam."
Aku cuba mengukirkan senyuman. Namun
bila melihat Mikhail tersenyum, aku rasa geram dengan tingkah lakunya. Aku
pejamkan mata dan menarik nafas sedalam-dalamnya dengan harapan aku mampu
bersabar menghadapi Mikhail.
"Nama saya Muhammad Adam Mukhriz,
berasal dari Selangor. Saya harap lepas ni kita boleh berkenal-kenalan
lagi."
"Adam boleh duduk di tempat yang
sediakan dibelakang. Kalau ada apa-apa Adam boleh cari saya di bilik
guru,"
Aku bergerak ke tempat duduk yang
disediakan. Kebetulan pula kelas sudah tamat. Mikhail datang menghampiri aku
dengan wajahnya yang sentiasa tersenyum. Aku pula membalas dengan renungan
tajam.
"Ape kau nak? Tak puas kau baling
rambutan hari tu?"
"Saje, nak bersembang dengan kau
sahabat."
"Siapa sahabat kau? cakap dekat
aku"
"Kau la Adam. Siapa lagi yang aku
tengah bercakap,"
Aku bangun meninggalkan Mikhail tanpa
menoleh. Sudah cukuplah dengan perbuatannya sewaktu kecil. Aku muak dan
menyampah setiap kali aku melihat seyuman yang terukir di wajahnya. Seakan-akan
dia cuba memujuk aku melupakan kisah lama.
bersambung...
No comments:
Post a Comment